Sunday, September 22, 2013

INTERNATIONAL DRAGON BOAT RACE FOR THE ROYAL TROPHY 2013 NARATHIWHAT THAILAND

22 sept latihan resmi setiap pasukan bertanding berlangsung dengan jaya nya di sebuah pulau kecil dimuara sungai bangnara bermula jam 4.00 petang waktu thai.. masa yang singkat memerlukan fokus yang lebih untuk mendapat keserasian dengan boat. Halangan paling besar esok adalah  cuaca yang panas sepanjang hari.  Berdepan dengan penonton tempatan seakan berpesta juga bakan memberi cabaran kepada semua pasukan bertanding. Esok pasukan cfs, iium akan berdepan dengan  sebuah pasukan tempatan yang berjaya mendapat tempat ke 3 pada edisi lepas. (Narathat). Selain itu cfs, iium juga akan berdepan satu lagi pasukan tempatan iaitu Nakrhatat Pha Ma. Dua lagi pasukan yang turut sama akan bersaing esok ialan Volunteer Guard (Or Sor) dan Tourism Terengganu. Tiga lagi pasukan dari malaysia turut bersaing dalam kejohanan kali ini iaitu pasukan Putrajaya, PDRM dan Kuala Lumpur. Esok 23 sept acara bermula jam 8.30 am waktu thai.....


Sesi pagi telah berakhir pada jam 11.30 pg waktu thai...ujian pertama pasukan cfs paddlers bertemu pasukan Narathat dari Thailand dan juga merupakan pemenang tempat ke3 pada kejohanan lepas. cfs paddlers dipisahkan hanya 4 saat untuk akur dengan kekuatan lawan yang nampak lebih garang. Saingan yang diberikan oleh pasukan cfs paddlers menggambarkan petanda positif . Penampilan sulung cfs paddlers dalam kejohanan ini  merupakan peyertaan pertama universiti dari Malaysia. Sesi petanf cfs paddlers akan turun bersaing dalam tiga lagi pertembungan..bersambung...


Sesi petang bermula jam 1.30 pm dengan cuaca panas terik... cfs paddlers mengharugi tiga pertembungan yang menguji daya tahan yang sangat tinggi. Pada pertembungan pertama cfs paddlers berjaya menewaskan pasukan Nakrhatat Pha Ma dari Thailand.  Bersaing sengit hingga ke garisan penamat. Susunan jadual yang seakan tidak banyak menyebelahi pasukan cfs paddlers turun sekali lagi untuk menentang pasukan volunteers gourd Narathiwat dan akhirnya kita dipisahkan hanya 2 saat . Pertarungan terakhir cfs paddlers menentang Tourism Terengganu yang menggunakan khidmat orang tempatan sebagai pendayung. Cfs paddlers dipisahkan hanya satu saat dibelakang... penampilan sulung cfs paddlers dan juga penyertaan universiti pertama dari Malaysia nampak sangat positif. Cfs paddlers bukan la pasukan belasahan jika dilihat dari prestasi semasa pertandingan walaupun berbekalkan latihan intensif selama tiga minggu di Tasik Putrajaya.

Esok peringkat suku akhir akan dilangaungkan . Pasukan dari Malaysia mempertaruhkan pasukan PDRM DRAGON BOAT TEAM dari Bukit Aman merupakan juara bertahan.