Wednesday, September 30, 2009

BOLA SEPAK MALAYSIA

'Saya sayangkan bola sepak'


SATHIANATHAN (kiri) kini memikul tanggungjawab besar dalam membimbing pasukan Kelantan mengharungi kempen Piala Malaysia.

"SAYA sayangkan bola sepak dan Liga Malaysia, sebab itu saya kritik."

Demikian ujar jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika ditanya kenapa beliau menerima tawaran sebagai jurulatih Kelantan sedangkan beliau antara yang lantang mengkritik Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini.

Menurutnya, komen yang diberikan adalah untuk tujuan meningkatkan mutu bola sepak tempatan dan Liga M bagi menjamin kelangsungan masa depan bola sepak tempatan.

"Ramai orang kritik tentang liga kita, kenapa bila saya kritik orang tidak boleh menerimanya sedangkan ia adalah untuk kebaikan.

"Bola sepak adalah periuk nasi saya, kalau liga kita merosot, penonton tak datang ke stadium, macam mana saya mahu cari makan," katanya pada sidang media sejurus selepas perlawanan antara Kelantan dengan Kedah tamat di Kota Bharu kelmarin.

Tambahnya, kritikan dan teguran perlu dilihat dari sudut yang positif supaya proses penambahbaikannya dapat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

FORM KOSMO

Memang sifat orang Malaysia kot.. susah nak terima kritikan.. terutama yang berpangkat. Walaupun kritikan tersebut membantu kepada kebaikan. Itu juga antara penyebab aplikasi sains sukan tidak dapat di laksanakan dengan sempurna. Mereka yang arif dalam sains sukan belum berpangkat..

2 comments:

wh0se said...

bola sepak Malaysia memang harus dikritik...baru selepas itu akan nampak peningkatn...cuba tgk sekarng kita dah nampak kebangkitan harimau muda...semoga terus cemerlang!!! Selangor akn jadi juara Piala Malysia..huhu...

ken_Tank91 said...

biler ada pengkritik baru ada perubahan sikit..
klu tak nanti dorang sume persan bagus jew