MAHAL !!!
Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan,ungkapan yang sudah lali didengar disemerata negara kini. Bagi warga sukan seakan tiada apa yang kerajaan dahulukan jika kite merungkai kembali dalam perbentangan belanjawan lepas. Yang merasa nikmatnya hanyalah golongan-golongan tertentu sahaja. Menanam budaya minat bersukan seolah-olah semakin jauh dari pencapaian. sehingga kini ada rakan-rakan yang minat bersukan mula bersungut dengan harga barangan sukan yang langsung tidak menyebelahi pengemar sukan. Kerajaan seolah tidak pernah terpandang untuk memberi sedikit keselesaan kepada pengemar sukan dengan cara mengawal harga barangan sukan. Sukan paling murah pun adalah larian. Namun kena juga berbelanja sekurang-kurang RM 150 dan keatas bagi mendapatkan sepasang kasut. Cabaran kini semakin gentir bagi pengemar sukan larian ini kini dek kerana kebanjiran pelari dari negara Kenya yang hadir untuk 'mencari makan' dengan aktiviti larian dinegara ini. tidak hairan lah kerana mereka mempunyai "pengasuh" mengaut keuntungan dari hadiah kemenanngan pelari Kenya. 15% bukan sedikit hasil yang mereka mampu raih.
Segalanya pun mahal, sukan apa yang boleh kita main. Ramai rakan-rakan sukan sudah mula bersungut. terutama mereka yang menceburi sukan secara serius. nak dapatkan tajaan, Shalin Zulkifli pun berhempas pulas nakdapatkan tajaan. Nak kena nangis-nangis dulu baru nak dapat.. bila keadaan sebegini seolah-olah tiada galakan untuk rakyat terus bersukan. Tidak mustahillah mutu sukan negara semakin teruk.
2 comments:
mmg mahal.. puas la kumpul duit utk membeli alatan sukan..
www.facebook.com/JTASiaTrading
LED display panel specialist
Post a Comment