Tuesday, October 26, 2010
GALAH PANJANG
Wednesday, October 20, 2010
Sunday, October 17, 2010
HARI KANTIN
JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT SAMA DITEMPAT ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN 013 3337606 tq
Tuesday, October 12, 2010
BILA SAMPAI MASA NYA...
KUALA LUMPUR: Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar daripada Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan
Kelantan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, lelaki yang dipercayai berumur 39 tahun itu telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama Ada okay atau tidak, dia kata okay.
"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan sebelum meninggal dunia," katanya hari ini.
Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini.
SAMA-SAMA KITE SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM.. MOGA DICUCRI RAHMAT KEHENDAKNYA...AMEAN..