Tuesday, August 20, 2013

WATSONS PIALA MALAYSIA 2013

PENUH EMOSI... KENAPA..?

Kempen Piala Malaysia 2013 membuka tirai semalam... pasukan bukan pilihan nampak lebih menonjol setelah wisel penamat di tiupkan pada perlawanan pertama semalam...
Pertembungan Pahang dan Kelantan nampak tegang dan penuh dengan emosi... dua kad merah telah dilayang kan dek kerana sikap tidak profesional pemain... kenapa begini..?. banyak faktor perlu dilihat .. 
        Emosi pemain terganggu bila pemain tidak mampu berfikir dengan waras kerana tidak cergas... cuti raya yang panjang dan masa rehat yang panjang mungkin faktor utama kenapa kecergasan pemain tidak sampai ke tahap maksima... apakah ada plan latihan lanjut sepanjang cuti... adakah pemain kita ikut arahan jurulatih fitness dan fizikal untuk memastikan tahap kecergasan terus berada dalam keadaan maksimum..? Apakah pemakanan pemain terkawal sepangan festival raya...?? dengan kata lain .. adakan pemain kita mempunyai disiplin yang tinggi untuk memastikan mereka sentiasa cergas??

Friday, August 16, 2013

KARNIVAL SUKAN MASUM IIUM 2013

JUST A ROUND THE CORNER. .....

IIUM kali ini diberi mandat untuk mengajurkan karnival sukan masum 2013... terdapat 21 acara yang dipertandingkan merangkumi beberapa lokasi sekitar.keputusan resmi boleh di dapati melalui website www.iium.edu.my/sport/masum2013

Tuesday, August 13, 2013

HARIMAU MALAYA Vs BARCELONA FC

BERBANGGA?? MSN KATA??..


Terpanggil untuk bagi respond daripada kenyataan yang di keluarkan oleh orang kuat MSN semalam dengan kekalahan pasukan HM kepada BFC 1-3... dilihat dari sudut permainan memang kita agak ketinggalan jauh ... BFC bermain otek-otek je... bukan pada tahap sebenar... seperti mereka berdepan dengan dua perlawanan sebelum ini... bak kata orang kuat MSN kalau mereka bermain pada kadar 100% mungkin kita dibelasah lebih dari 10 goal.. kenyataan yang agak keras ini bukan untuk kita jadikan sebagai satu pandangan yang negative ... namun kita perlu melihat jauh.. saya sangat bersetuju dengan kenyataan big bos MSN ..
Beliau memberi komen yang ikhlas bukan sekadar untuk menjaga hati mana-mana pihak.. saya masih teringat kata-kata seorang "orang kuat" persatuan bolasepak di Malaysia...setelah di ajukan soalan sebegini... " kol 3.00ptg diorg dah start training.. abis kol 6.30 petang... abis bila masa diorang study?? " dan jawapan nya " memang kita x bagi mereka belajar pandai nanti diorang x nak main bola" how to develop intelligent player? sebab kita mengajar untuk mereka x cerdik... kalau saya jadi ayah kepada player pun saya risau dengan statment cam tu... dimana silap nya ...???? ikhlas saya katakan perlawanan HM vs BFC tempoh hari tidak menarik... corak permaianan tidak seimbang...anda pula bagaimana??