Sunday, September 22, 2013

INTERNATIONAL DRAGON BOAT RACE FOR THE ROYAL TROPHY 2013 NARATHIWHAT THAILAND

22 sept latihan resmi setiap pasukan bertanding berlangsung dengan jaya nya di sebuah pulau kecil dimuara sungai bangnara bermula jam 4.00 petang waktu thai.. masa yang singkat memerlukan fokus yang lebih untuk mendapat keserasian dengan boat. Halangan paling besar esok adalah  cuaca yang panas sepanjang hari.  Berdepan dengan penonton tempatan seakan berpesta juga bakan memberi cabaran kepada semua pasukan bertanding. Esok pasukan cfs, iium akan berdepan dengan  sebuah pasukan tempatan yang berjaya mendapat tempat ke 3 pada edisi lepas. (Narathat). Selain itu cfs, iium juga akan berdepan satu lagi pasukan tempatan iaitu Nakrhatat Pha Ma. Dua lagi pasukan yang turut sama akan bersaing esok ialan Volunteer Guard (Or Sor) dan Tourism Terengganu. Tiga lagi pasukan dari malaysia turut bersaing dalam kejohanan kali ini iaitu pasukan Putrajaya, PDRM dan Kuala Lumpur. Esok 23 sept acara bermula jam 8.30 am waktu thai.....


Sesi pagi telah berakhir pada jam 11.30 pg waktu thai...ujian pertama pasukan cfs paddlers bertemu pasukan Narathat dari Thailand dan juga merupakan pemenang tempat ke3 pada kejohanan lepas. cfs paddlers dipisahkan hanya 4 saat untuk akur dengan kekuatan lawan yang nampak lebih garang. Saingan yang diberikan oleh pasukan cfs paddlers menggambarkan petanda positif . Penampilan sulung cfs paddlers dalam kejohanan ini  merupakan peyertaan pertama universiti dari Malaysia. Sesi petanf cfs paddlers akan turun bersaing dalam tiga lagi pertembungan..bersambung...


Sesi petang bermula jam 1.30 pm dengan cuaca panas terik... cfs paddlers mengharugi tiga pertembungan yang menguji daya tahan yang sangat tinggi. Pada pertembungan pertama cfs paddlers berjaya menewaskan pasukan Nakrhatat Pha Ma dari Thailand.  Bersaing sengit hingga ke garisan penamat. Susunan jadual yang seakan tidak banyak menyebelahi pasukan cfs paddlers turun sekali lagi untuk menentang pasukan volunteers gourd Narathiwat dan akhirnya kita dipisahkan hanya 2 saat . Pertarungan terakhir cfs paddlers menentang Tourism Terengganu yang menggunakan khidmat orang tempatan sebagai pendayung. Cfs paddlers dipisahkan hanya satu saat dibelakang... penampilan sulung cfs paddlers dan juga penyertaan universiti pertama dari Malaysia nampak sangat positif. Cfs paddlers bukan la pasukan belasahan jika dilihat dari prestasi semasa pertandingan walaupun berbekalkan latihan intensif selama tiga minggu di Tasik Putrajaya.

Esok peringkat suku akhir akan dilangaungkan . Pasukan dari Malaysia mempertaruhkan pasukan PDRM DRAGON BOAT TEAM dari Bukit Aman merupakan juara bertahan. 

Tuesday, August 20, 2013

WATSONS PIALA MALAYSIA 2013

PENUH EMOSI... KENAPA..?

Kempen Piala Malaysia 2013 membuka tirai semalam... pasukan bukan pilihan nampak lebih menonjol setelah wisel penamat di tiupkan pada perlawanan pertama semalam...
Pertembungan Pahang dan Kelantan nampak tegang dan penuh dengan emosi... dua kad merah telah dilayang kan dek kerana sikap tidak profesional pemain... kenapa begini..?. banyak faktor perlu dilihat .. 
        Emosi pemain terganggu bila pemain tidak mampu berfikir dengan waras kerana tidak cergas... cuti raya yang panjang dan masa rehat yang panjang mungkin faktor utama kenapa kecergasan pemain tidak sampai ke tahap maksima... apakah ada plan latihan lanjut sepanjang cuti... adakah pemain kita ikut arahan jurulatih fitness dan fizikal untuk memastikan tahap kecergasan terus berada dalam keadaan maksimum..? Apakah pemakanan pemain terkawal sepangan festival raya...?? dengan kata lain .. adakan pemain kita mempunyai disiplin yang tinggi untuk memastikan mereka sentiasa cergas??

Friday, August 16, 2013

KARNIVAL SUKAN MASUM IIUM 2013

JUST A ROUND THE CORNER. .....

IIUM kali ini diberi mandat untuk mengajurkan karnival sukan masum 2013... terdapat 21 acara yang dipertandingkan merangkumi beberapa lokasi sekitar.keputusan resmi boleh di dapati melalui website www.iium.edu.my/sport/masum2013

Tuesday, August 13, 2013

HARIMAU MALAYA Vs BARCELONA FC

BERBANGGA?? MSN KATA??..


Terpanggil untuk bagi respond daripada kenyataan yang di keluarkan oleh orang kuat MSN semalam dengan kekalahan pasukan HM kepada BFC 1-3... dilihat dari sudut permainan memang kita agak ketinggalan jauh ... BFC bermain otek-otek je... bukan pada tahap sebenar... seperti mereka berdepan dengan dua perlawanan sebelum ini... bak kata orang kuat MSN kalau mereka bermain pada kadar 100% mungkin kita dibelasah lebih dari 10 goal.. kenyataan yang agak keras ini bukan untuk kita jadikan sebagai satu pandangan yang negative ... namun kita perlu melihat jauh.. saya sangat bersetuju dengan kenyataan big bos MSN ..
Beliau memberi komen yang ikhlas bukan sekadar untuk menjaga hati mana-mana pihak.. saya masih teringat kata-kata seorang "orang kuat" persatuan bolasepak di Malaysia...setelah di ajukan soalan sebegini... " kol 3.00ptg diorg dah start training.. abis kol 6.30 petang... abis bila masa diorang study?? " dan jawapan nya " memang kita x bagi mereka belajar pandai nanti diorang x nak main bola" how to develop intelligent player? sebab kita mengajar untuk mereka x cerdik... kalau saya jadi ayah kepada player pun saya risau dengan statment cam tu... dimana silap nya ...???? ikhlas saya katakan perlawanan HM vs BFC tempoh hari tidak menarik... corak permaianan tidak seimbang...anda pula bagaimana?? 





Tuesday, February 5, 2013

Corporate Health & Wellness Program

SUK KERAJAAN NEGERI SELANGOR ( SIRI 1)

Program yang berlangsung selama tiga(3) hari dan dua(2) malam ini adalah satu program yang LUAR BIASA. nak tau macam mana luar baisa nya program ini , JOM TRY....  sepanjang program ini berlangsung kita didedahkan tentang pelbagai maklumat dan pengetahuan tentang kesihatan dan kecergasan... Watak penting dalam program ini adalah Dr Anuar Suun..Otai lama... kita juga di hidangkan dengan sembang-sembang pemakanan olah Pn Norirna binti Mohd Akhir .. yang hadi bersama Chef Rafi bagi memperkenalkan makanan sihat... Dalam program ini juga kita akan melalui saringan darah.. selain itu beberapa ujian kecergasan juga turut dilaksanakan. ada aerobik session sangat LUAR BIASA... Setting pun dah LUAR BIASA... jom try call 013 3337606( nasri)



Monday, February 4, 2013

Sirkit Cabaran Gunung Negara 2013


YAM TUAN ANTAH MOUNT DATUK CHALLENGE 2013 (SIRKIT I)
WELL DONE


sambutan luar biasa membuatkan penganjur sangat teruja... moga kejohanan sebegini mampu manarik lebih ramai golongan belia untuk turut serta... program yang mengalakan aktiviti sihat perlu diberi sokongan padu demi melahirkan belia yang cekal..

sirkit cabaran gunung negara 2013

MOUNT BEREMBUN GREEN CHALLENGE 2013


Marilah kita sama memeriahkan acara ini dengan mencatat penyertaan paling banyak ... kini rekod masih dipegang dalam sirkit pertama Yam Tuan Antah Gunung Datuk Challenge 2013. di Rembau Negeri Sembilan dengan penyertaan mencecah 640 orang peserta.