Sunday, August 30, 2009

SAD STORY AGAIN

Choong Hann stumbles in final

2009/08/31

FROM NST

WONG Choong Hann didn't get the fairytale ending he was hoping for in the Taiwan Open yesterday as his bid was thwarted by the on-form Nguyen Tien Minh of Vietnam.

Choong Hann, 32, looked a pale shadow of the player who beat former Olympic champion Taufik Hidayat of Indonesia in Saturday's semi-finals and could only put on token resistance against Tien Minh who won 21-11, 21-14.

It was Tien Minh's second title in as many months after having won the Thailand Open, his first career title, last month.

Tien Minh has been producing consistent results over the last three months during which time he also upstaged World No 1 Lee Chong Wei in the first round of the Singapore Open in June.

 It was a  second straight loss in a final for  Choong Hann in yesterday’s Taiwan Open.
It was a second straight loss in a final for Choong Hann in yesterday’s Taiwan Open.

As for Choong Hann, now in the twilight of his playing career, it was a second straight loss in a final after having lost to Chong Wei in the Macau Open last week.

Choong Hann, playing in his third tournament in as many weeks, had little in reserve and his title chances were blown off course by the Vietnamese.

"I just couldn't recover in time from the semi-final against Taufik. I felt very tired and my initiative on court was just not enough to beat Tien Minh," said Choong Hann by telephone Taipei yesterday. "He (Tien Minh) played well and took advantage of my ineffectiveness."

Hosts Taiwan surprised by clinching the men's doubles title through Chen Hung Ling-Lin Yu Lang who beat Hong Kong's Johan Hadi Kusuma-Wong Wai Hong 14-21, 21-12, 21-19 while Cheng Shao Chieh secured the women's singles crown beating Bae Seung-hee of South Korea 17-21, 21-12, 21-15.

India also made a breakthrough by winning their first mixed doubles crown in a international grand prix tournament when V. Diju-Jwala Gutta defeated Indonesia's Hendra Gunawan-Vita Marissa 23-21, 21-18.

Monday, August 24, 2009

LET'S RELEASE YOUR STRESS


Every day working... sometimes it's so tired.. when my body tired everything is not interesting.. look so blur. it's was so STRESS.... jom.. visit nice place to reduce your stress..
Only
RM 280.00 per person.. 3 days 2 night Twin Beach Resort, Sibu Island,Mersing, Johore
includes Boat Transfer, food and beverage, accommodation's (twin sharing) and activities..

just call
013 3337606 (nas)

Sunday, August 23, 2009

ATLET CEMERLANG, ATLET BERPELAJARAN


Atlit masa kini wajar contohi Azizulhasni

SEPERTI kata pepatah, hendak seribu daya dan bagi pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang, di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan kerana dia bukan sekadar cemerlang dalam sukan, tetapi juga sedang menyambung pelajaran dalam tahun pertama jurusan Perdagangan di Universiti Deakin, Melbourne.

Kemampuan Azizulhasni ini sekali gus menolak sangkaan setengah pihak bahawa menceburi bidang sukan menyukarkan atlit untuk menyambung pelajaran atau mengganggu pembelajaran mereka.

Anak kelahiran Terengganu ini semakin dikenali ramai dan dihormati atas keupayaannya kerana tetap bertanding pada peringkat antarabangsa dan meneruskan latihan seperti biasa pada bulan Ramadan ini.

Saya tidak nampak puasa menjadi penghalang kepada Azizulhasni berlatih, sebaliknya ia akan menambahkan ketabahan baginya.


Yang menggembirakan saya, Malaysia kini bukan saja mempunyai Azizulhasni sebagai atlit lumba basikal, tetapi juga pelapis yang menunjukkan peningkatan mendadak di Moscow dan Kalimantan baru-baru ini, iaitu Mohd Adiq Hussainie Othman.

Pada kedua-dua kejohanan itu, Mohd Adiq menunjukkan prestasi menggalakkan lebih-lebih lagi selepas menjalani latihan bersama John Beasley dan Azizulhasni sendiri yakin dalam tempoh dua atau tiga tahun, rakannya itu akan menjadi pelumba bertaraf dunia.

Saya gembira kerana kelahiran ahli sukan seperti Azizulhasni dan Mohd Adiq tidak semestinya datang dari negeri yang ekonominya maju. Terengganu sebelum ini melahirkan pelari pecut negara, Nazmizan Mohamed.

Apa yang penting, peranan kerajaan negeri dalam memberikan galakan, selain sekolah serta pihak-pihak yang bertanggungjawab mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi.

Azizulhasni yang menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) bernilai RM13,333 juga akan menyertai perlumbaan undangan di Colombia bersama Rizal Tisin sebelum menyertai siri Piala Dunia.

Saya doakan Azizulhasni yang digelar ‘The Pocket Rocket’ dapat berlatih dengan bersungguh-sungguh Ramadan ini untuk mempersiapkan diri bagi siri Piala Dunia, sebagai langkah pertama memburu emas impian di Olimpik London 2012 nanti.

Monday, August 17, 2009

NAZMIZAN KATA APA TENTANG SAINS SUKAN


Faktor aplikasi sains sukan sudah terbukti pada sukan basikal di negara ini yang semakin meningkat ekoran peningkatan hasil kajian sains sukan dan hubungan baik atlet dan jurulatih.

Bekas atlet pecut kebangsaan, Nazmizan Mohamad ketika dihubungi pula berkata, keupayaan seseorang atlet bukan hanya dinilai pada aspek fizikal semata-mata tetapi ia perlu seiring dengan pembangunan sains sukan di sesebuah negara.

Menurutnya, berbanding atlet luar, atlet tempatan tidak menerima pendedahan yang luas dan ini dianggapnya antara punca mereka gagal bersaing hebat dalam acara balapan peringkat dunia.

"Perkara itu wajar dititik beratkan memandangkan atlet olahraga negara kini semakin merosot berbanding negara jiran seperti Thailand dan Vietnam.

"Kita perlukan lebih banyak pendedahan di luar negara untuk bersaing dan meningkatkan prestasi,'' ujarnya yang pernah mempunyai catatan masa terbaik 10.38 saat dalam acara 100 meter.

Menurut Nazmizan, berdasarkan pengalamannya, khidmat jurulatih luar juga penting bagi menggilap bakat atlet negara berbanding jurulatih tempatan.

MEMANG BENAR DAN SETUJU

Kurang aplikasi sains sukan


Kaedah sains sukan sangat penting untuk meningkatkan kemahiran atlet


"ATLET negara kita kurang didedahkan dengan aplikasi sains sukan."

Begitu pandangan pakar sains sukan dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hasbullah Ismail yang beranggapan sains sukan perlu diaplikasikan dengan semaksimumnya untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia.

"Saya rasa sudah tiba masanya kita kena bersikap terbuka untuk menerima pandangan baru. Biarlah mereka yang arif dalam bidang sains sukan diberi kepercayaan penuh untuk memperkembangkan aplikasinya.

"Kita kena percaya kerana sains sukan ini adalah berdasarkan kajian saintifik," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas Hasbullah yang merupakan pensyarah fisiologi, apa yang penting, atlet-atlet negara perlu terlebih dahulu menjalani ujian makmal bagi menentukan sama ada mereka memiliki jenis otot fiber Type 1 atau Type 2.

"Type 1 untuk atlet jarak jauh. Type 2 untuk atlet pecut. Usain Bolt memiliki Type 2, sebab itulah dia boleh pergi jauh untuk meningkatkan tahap pecutan dan lariannya dari semasa ke semasa.

"Kalau kita terus latih atlet Type 1 untuk acara pecut, memang sampai bila-bila pun dia tak boleh pergi jauh kerana dia ada tahap kekangannya.

"Tetapi atlet kita pun sebenarnya ada yang memiliki otot Type 2 ini. Jadi kalau secara saintifik kita sudah ada, mengapa pengaplikasian kita masih kurang," ujarnya.

Selain itu, kata Hasbullah, atlet kita turut memerlukan elemen-elemen tambahan selain daripada latihan semata-mata.

"Kalau nak kata latihan, kita boleh buat latihan seperti Bolt buat. Tetapi yang membezakan tempoh sesaat itu adalah hasil daripada pemakanannya dan juga mentalnya," kata beliau.

FROM KOSMO (SELASA 18 OGOS)

TERSUNGKUR LAGI!!!!

Dalam sehari dua ini setelah skuad negara berputih mata dalam kejohanan Badminton Dunia di India saya menantikan apa komen-komen dan juga pendapat-pendapat yang timbul dari media dan juga mereka yang bertanggungjawab.. namun agak sunyi sedikit buat kali ini. apakah wartawan sudah mula muak?? atau sudah menjadi perkara lumrah kegagalan demi kegagalan apa bila bertarung dalam pertandingan yang mempunyai prestige yang tinggi.
Strategi kite jauh berbeza jika dibandingkan strategi China.. Percaturan yang dilakukan kite telah kalah.. pernah kah kite belajar satu perkara yang agak menonjol... APA ADA PADA RANKING??? adakah pemain cina mengejar ranking atau mengejar kejuaran kejohanan prestige.???? China memberi pelabagai alasan untuk tidak hadir dalam kejohanan yang diangap kurang prestige bagi memberi tumpuan kpada kejohanan yang lebih menguntungkan.. sedar atau tidak percaturan mereka seakan menjadi.. kite cuma mengutip anak-anak bilis, padahal hasil lumayan ditengah lautan dibaham China. Kita ada ranking kerana banyak kali menang tetapi kejohanan pesisir pantai sahaja. dimana silap nye.. apakah kite tiada master plan.. untuk kita mencongak dari sekarang hingga 20 tahun akan datang.. tentu ada ... sejauh mana kajian balik dia jalankan.. ??
Bila isu gagal paling sinonim yang sering dia keluarkan dalma kenyataan adalah "Lemah Mental" sejauh mana lemahnya mental pemain kita?? saya pun tidak boleh menduga nya.. mungkin tuan-tuan mempunyai pendapat yang mungkin bernas untuk kita kongsi bersama..
let's share with us..

NUANG LAGI!!!!!!


Kenapa ni?? bila ada berita tidak baik je gunung nuang.. ada berita gunung nuang je berita tak baik... malam tadi (16 August 2009) dalam berita TV3 ada lagi.Ni budak Pengakap pula.. saya pun bekas ahli pengakap.. malu juga rasanya.. huhhh jenuh juga nak pikir .... kat mana sebenarnya yang tak kena?? orang yang datang ke atau memnag gunung tu sendiri yang tak kena?? kalau nak ikut cerita mistik la kan setahu saya Gunung Tebu (Besut, Terengganu) lagi mantap.. tak banyak pulak cerita nya... walau pun saya sendiri pernah mengalami nya..asyik-asyik gunung nuang.. mungkin juga lokasi Gunung Nuang ini dekat dengan bandar..dan KL. jadi beritanya mudah sampai... Mungkin juga .....
Macam- macam andaian yang boleh dibuat dan boleh dizahirkan.. namun silap nya dimana.. pada saya sebagai salah seorang dari penminat gunung semua nya adalah terletak kepada pengunjung itu sendiri.. ia merangkumi banyak perkara.. Pengalaman, pengetahuan, akhlak, niat, langkah keselamatan awal, ilmu dan latihan. apa yang saya perhatikan sebelum ini ramai yang ambil mudah dalam proses persedian, pendakian dan perancangan. mungkin dek kerana gunung ini tidak begitu tinggi. dan tidak begitu mencabar.. kerana pelari ladi Kenya boleh menghabis kan larian dari kaki gunung ke puncak dan berpatah balik hanya memakan masa selama dua jam lebih. yang paling penting !!!!

Jangan Buat Bodoh Sombong!!! Tak Tahu Tanya!!!! Tak pasti tanya orang!! Jangan buat pandai-pandai.. Inform pihak berkuasa( Polis, Jabatan Hutan).. ambil guide lagi bagus..