Wednesday, May 13, 2009

Mountain 2 Mountain Challenge 2009


Program larian gunung yang dahulunya dikenal sebagai "Sirkit Kembara Negara". Kini berwajah baru dengan penampilan yang lebih garang dan agresif. Perubahan kategori juga mula menampakan kematangan. Musim ini penganjur mula menerima penyertaan dari luar negara. Dalam larian sulung di Gunung Nuang pada 5 April lalu terdapat beberapa pelari profesional dari Kenya, Marocco, UK dan pelari profesional tempatan.
Memperkenalkan kategori IPT juga menapakan satu petanda positif bagi penganjuran larian ini. Beberapa IPTA dan IPTS turut serta dalam larian sulung baru-baru ini. yang paling jauh sangup hadir ialah peserta dari selatan tanah air UTM. Perlu diberi pujian kepada mereka.. semangat yang begitulah yang kita cari. Namun pengilbatan peserta dari UPNM menapakan satu kejayaan. UPNM mendominasi pertandingan sulung itu. Mungkin hasil daripada usaha pihak universiti menganjurkan klinik Ironman memupuk minta kepada pelajar.
Kategori media agak suram. Dengan hanya dua penyertaan. namun kehadiran mereka amatlah di alu-alukan. mungkin juga kerana terpaksa memberi lebih tumpuan bagi acara yang lebih besar. Di hari yang sama terdapat acara F1. mungkin juga mereka lebih tertumpu kesana.
5 july nanti sekali lagi Persatuan Kembara Negara membuka peluang unutk bertarung pada pusingan kedua dalam misi mengcari Raja Gunung.. bertempat di Gunung Besar Hantu, Kuala Kelawang.N9. Persiapan perlu dimulakan sekarang. Mengharapkan lebih ramai penyertaan dari IPT bagi memeriahkan suasana pertandingan. selamat berjuang.. jumpa di sana..

No comments: