Tuesday, June 30, 2009

HALATUJU SUKAN NEGARA

Situasi sukan negara kini boleh dikatakan agak memuaskan. itu pun tertumpu kepada beberapa jenis sukan sahaja.. namun pada mata kasar dek kerana pengukuran kemajuan sukan itu tertumpu kepada sukan popular seperti Bola Sepak maka perkembangan sukan seolah-olah merudum. Berikutan pula terdapat pelbagai masalah dalaman dan politik yang kurang sihat didalam persatuan sukan mungkin antara punca sukan negara seolah-olah hala tuju menjadi kabur. Persoalan demi persoalan, perbincangan demi perbincanga, seminar demi seminar diadakan untuk mencari punca dan cara demi mempertabatkan sukan negara.

Pelbagai faktor perlu diambil kira termasuklah kepesatan ilum sains dalam sukan. mungkin kita agak ketingalan dari aspek teknologi.. kerana atlit negara lain sudah jauh kedepan.. dengan kesungguhan negara-negara lain kita tidak dapat nafikan. Pada tahun 2007 , sepasukan pengkaji dari England sanggup hadir ke Everest Base Camp(EBC) bagi menjalankan beberapa kajian tentang otot manusia. mereka mampu mengadakan makmal yang cangih di EBC. lengkap dengan sistem komputer. makmal mereka juga terdapat sehingga ke Camp 3 Everest. Pasukan pengkaji kite hanya mampu membuat kajian mengenai saiz kasut sahaja melalui soaljawab. ini mungkin juga kerana sumber kewangan yang terbatas. Apakah ilmu sains sukan kite tidak cukup mantap??

nak cerita pasal politik dalam sukan memang dah muak.. ada ahli politik suka amik kesempatan untuk publisiti.. sedia maklum dalam akhbar terdapat banyak ruangan bahagian untuk sukan.. bila mereka mula terlibat dalam sukan agak mudah untuk mereka menonjol dalam akhbar .. (untuk kredit politik) walaupun hanya kenytaan "saya sudah pokai" muka ahli politik dah terpampang setengah muka akhbar.. ada juga yang menggunakan atlit yang sudah berjaya sebagai umpan meraih undi.. macam-macam..

Bakat mungkin boleh dikatakan faktor penting juga bagi memastikan hala tuju sukan negara bersinar. Namun masih ada cerita disebalik bakat ini. cerita nye tidak lekang dari politik.. Mereka yang berbakat belum tentu ada peluang untuk terus kehadapan selagi tidak mengenali sesiapa dalam persatuan sukan......betul tak??

bakat yang digilap dari bangku sekolah kadang-kadang akan menjadi permata.. tetapi jika di ambil kira perbualan ini penulis bersama setiausaha agung persatuan bolasepak ******** ia amat menyedihkan " kami memang tak nak mereka belajar pandai-pandai. nanti mereka tak nak main bola" kata beliau.. sedih bukan.. ?? kalau saya sebagai bapa kepada pemain pelapis tadi , memang saya tidak benarkan anak saya bermain .. kerana kita perlu juga memikirkan hala tuju selapas tamat career sebagai ahli sukan.. kalau tidak belajar pandai, apa yang mereka mampu buat. langkah Kementrian Pengajian Tinggi (KPT) meletakkan sasaran lebih 30% atlit belajar di universiti adalah bagus. Jika kenyataan tadi menjadi ukuran berapa ramai atlit kita mampu masuk universiti.

ibubapa juga kurang yakin untuk perjudikan nasib anak-anak mereka dalam bidang sukan.. kerana keseimbangan antara pelajaran dan latihan tidak begitu kuat. Modul dan format pembangunan tidak begitu jelas. sekolah sukan juga main peranan besar. namun berapa buah sahaja sekolah sukan yang ada.

terlalu banyak untuk kite fikir-fikirkan.. apa pendapat anda saya amat mengalu-alu kan .. let's comment..

No comments: