AGM PBKL tidak sah ??
DIPINJAM DARI
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Belum pun puas Wira Samudera Negara, Datuk Abdul Malik Mydin berada di kerusi presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), persatuan itu sudah mula bergolak.
Abdul Malik dipilih sebagai presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pemilihan PBKL di Velodrom Kuala Lumpur kelmarin bagi mengisi kekosongan jawatan yang dikosongkan penyandang, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dua minggu lalu.
Kali ini, bekas Timbalan Presiden PBKL, Daud Abu Kassim mempertikaikan kesahihan AGM pemilihan pucuk pimpinan baru itu yang didakwanya, melanggar perlembagaan persatuan.
Pengasas PBKL pada 1979 yang juga ahli seumur hidup persatuan berkenaan menyenaraikan empat asas yang membuktikan dakwaan beliau terutama pelantikan kepimpinan tertinggi persatuan itu.
"Penetapan tarikh mesyuarat agung tiga tahun sekali tidak mendapat persetujuan mesyuarat majlis sebelum ini dan hanya diputuskan pemangku Setiausaha Kehormat selepas menemui Pesuruhjaya Sukan pada 9 Julai lalu dan mengedarkan notis mesyuarat agung bertarikh sehari kemudian.
"Kedua, mesyuarat agung (pemilihan kelmarin) dilangsungkan ketika laporan kewangan mulai 2006 hingga bulan lalu belum disiapkan untuk diaudit dua juruaudit menurut Fasal 22.1 yang dilantik ketika mesyuarat agung tiga tahun sekali pada 22 Januari 2006," dakwanya lagi.
Daud, pengkritik sukan berbasikal paling lantang mendakwa: "Laporan itu mungkin hanya dapat diselesaikan apabila rekod aktiviti dan penyertaan pelumba pada kejohanan tempatan dan luar negara dari 2006 hingga bulan lalu, diperoleh.
"Ketiga, Bendahari Kehormat jarang sekali menerima yuran tahunan sama ada daripada ahli biasa mahupun ahli majlis khususnya bagi tahun ini yang perlu dibayar tidak lewat dari 1 Februari setiap tahun (Fasal 7.1 dan 7.2) Perlembagaan," dakwanya.
Beberapa muka lama PBKL dan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti Zulkifli Ibrahim dan Rolan Abdul Rahman turut kembali menyandang jawatan tertinggi persatuan di samping hanya mengekalkan dua ahli majlis asal iaitu bekas pelumba, Musairi Musa dan Omar Ibrahim.
Dakwa Daud lagi: "Saya mendapat tahu, ada ahli baru diterima sebelum AGM bagi memberikan mereka hak mengundi dan diundi.
"Tindakan ini juga bertentangan dengan peraturan Fasal 8 perlembagaan PBKL," dakwanya yang menyeru Pesuruhjaya Sukan meneliti semula persetujuan ke atas mesyuarat agung tiga tahun sekali itu kelmarin dengan mengambil kira pendedahan bukti pelanggaran itu.
Daud yang bersedia dipanggil Pesuruhjaya Sukan untuk memberikan penjelasan lengkap turut mendedahkan bahawa ada segelintir barisan kepimpinan tidak membayar yuran keahlian tahunan dan kelihatan ghairah dengan status mereka untuk pemilihan jawatan tertinggi
Katanya, menurut Fasal 7, yuran berkenaan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari setiap tahun dan kegagalan berbuat begitu akan mengakibatkan ahli berkenaan kehilangan hak dan keistimewaannya sehingga dia menjelaskan yuran berkenaan.
"Apa yang dilakukan (berhubung keahlian baru kelmarin) seperti cuba mencipta 'ahli segera'... hari ini isi borang terus jadi ahli dan mengundi, sedangkan mereka tidak berhak mengundi dan diundi kerana tidak menjelaskan yuran sebelum tarikh yang ditetapkan setiap tahun sementara mesyuarat itu sendiri tidak sah," dakwanya lagi.
apa nak jadi ni??? kalau persatuan yang dikemudi oleh ****** selalu jadi cam ni... malu!!!!!!
Monday, July 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment