Thursday, May 21, 2009

MERDEKA de EVEREST

Summit!!! Summit!!!

Tiba-tiba suasana hingar bingar,, aku mula terjaga dari tidur.. masing-masing tenggah kecoh menyebut summit!! summit!! ... rupa nya En Idris Said telah pun menjejakkan kaki ke bumbung dunia.. Kami yang menunggu dengan penuh debar pendaki-pendaki lain untuk tiba... rasa terharu dan gembira bercampur baur.. suasana kecoh itu bukan hanya di perkampungan Malaysia sahaja.. namun banyak lagi pasukan lain meraikan nye.. suasana di Everest Base Camp (EBC) semakin meriah.. kami terus menanti sehingga satu persatu pendaki tiba.. beberapa ketika kami mula mendengar laporan dari puncak.. Matt dan Manai mula tiba.. makin ceria perkampungan Malaysia ketika itu.. dengan keceriaan yang semakin memuncak itu mampu mengundang wartawan dari pasukan England.. dia turut meraikan kejayan kami.. selang beberapa ketika.. Marina pendaki wanita pertama negara mula menjejaki kaki ke Puncak Everest.. diikuti oleh Rafi.. segalanya dalam keadaan baik..
kecerian kami terhenti seketika.. kerana masa berselang agak lama.. dalam perhintungan kami terdapat seorang lagi pendaki kami yang belum tiba.. cuba menghubungi beliau namun tiada tindak balas.. kami seakan sedikit cemas.. kerana waktu yang dibenarkan untuk mendaki semakin suntuk... kami terpaksa menghantar beberapa rakan untuk bertanya kepada pasukan lain... terutama pasukan dari England.. Kerana kerjasama mereka kami amat kagumi.. penantian kami berakhir bila tiba-tiba menerima pangilan dari puncak menyatakan En Fauzan Hasan telah pun tiba di puncak.. Alhamdulillah segalanye selamat walau pun kesakitan En Fauzan hanya dia yang tahu.. Namun penantian 10 tahun beliau akhir nye terungkai...
Segalanya telah pun berlalu dua tahun... begitu pantas masa berlalu.. kedinginan malam yang mencecah suhu -20 darjah celcius seakan masih dirasai.. apa pun misi mempertabat kan bangsa telah pun berjaya.. moga dari usaha ini mampu menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk terus bergiat aktif dalam apa jua lapangan.. mecipta nama bagi mempertabatkan bangsa..
Merdeka de' Everest 2007
* Gambar diatas adalah Merdeka de' Everest Team
dari Persatuan Kembara Negara..
penulis.. no5 dari kanan berdiri di belakang..hehehheh

3 comments:

Ahpeng Mohamad said...

wah.. Selamat Menyambut Ulang Tahun Buat Kali Kedua Ya.. Tahniah.. Anda kebanggaan kami. Juga melambangkan impian kami untuk berdiri di puncak dunia!:)

Faiz Faiza said...

Saya dan beberapa housemate menonton imbauan tersebut petang tadi.
Macam terasa je sejuk salji tu. Teringin mendaki lagi. Hanya berkesempatan mendaki Ledang dan Cemerong beberapa thn. lepas. tp perasaan kerdil bila di atas masih terasa hingga kini. keciknya kita sebenarnya, moga tak kecil pd. pandanganNya

Apapun, selamat mengimbau kenangan =)

Nanang said...

Wow. it was really great experience