Monday, August 17, 2009

MEMANG BENAR DAN SETUJU

Kurang aplikasi sains sukan


Kaedah sains sukan sangat penting untuk meningkatkan kemahiran atlet


"ATLET negara kita kurang didedahkan dengan aplikasi sains sukan."

Begitu pandangan pakar sains sukan dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hasbullah Ismail yang beranggapan sains sukan perlu diaplikasikan dengan semaksimumnya untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia.

"Saya rasa sudah tiba masanya kita kena bersikap terbuka untuk menerima pandangan baru. Biarlah mereka yang arif dalam bidang sains sukan diberi kepercayaan penuh untuk memperkembangkan aplikasinya.

"Kita kena percaya kerana sains sukan ini adalah berdasarkan kajian saintifik," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas Hasbullah yang merupakan pensyarah fisiologi, apa yang penting, atlet-atlet negara perlu terlebih dahulu menjalani ujian makmal bagi menentukan sama ada mereka memiliki jenis otot fiber Type 1 atau Type 2.

"Type 1 untuk atlet jarak jauh. Type 2 untuk atlet pecut. Usain Bolt memiliki Type 2, sebab itulah dia boleh pergi jauh untuk meningkatkan tahap pecutan dan lariannya dari semasa ke semasa.

"Kalau kita terus latih atlet Type 1 untuk acara pecut, memang sampai bila-bila pun dia tak boleh pergi jauh kerana dia ada tahap kekangannya.

"Tetapi atlet kita pun sebenarnya ada yang memiliki otot Type 2 ini. Jadi kalau secara saintifik kita sudah ada, mengapa pengaplikasian kita masih kurang," ujarnya.

Selain itu, kata Hasbullah, atlet kita turut memerlukan elemen-elemen tambahan selain daripada latihan semata-mata.

"Kalau nak kata latihan, kita boleh buat latihan seperti Bolt buat. Tetapi yang membezakan tempoh sesaat itu adalah hasil daripada pemakanannya dan juga mentalnya," kata beliau.

FROM KOSMO (SELASA 18 OGOS)

No comments: