Friday, November 27, 2009

SEA GAMES JUST AROUND THE "Selekoh Maut"

Laos bukan tempat buru emas

KONTINJEN Malaysia sudah kehilangan 32 pingat emas di Laos.

SUKAN SEA edisi ke-25 di Laos semakin hampir untuk membuka tirainya. Debaran di kalangan atlet dan jurulatih yang dipertanggungjawabkan menggalas cabaran negara semakin terasa.
Ada yang teruja, seronok dan tidak sabar menjejak kaki ke bumi Laos untuk mengharumkan nama negara.
Semua sedia maklum, Sukan SEA Laos tidak semeriah temasya sebelum ini kerana ia dianjurkan secara 'ala kadar' kerana kekurangan kemudahan dan peruntukan kewangan yang agak terbatas.
Apa pun, ia bukan perkara pokok kerana paling utama ialah prestasi yang bakal dipamerkan oleh kontinjen negara kelak.
Temasya kali ini menawarkan 384 pingat emas dan mampukah Malaysia meriah sebahagian daripadanya?
Begitupun, hanya 40 pingat emas yang diburu memandangkan Malaysia sudah pun kehilangan 32 pingat emas ekoran beberapa acara yang yang menjadi kekuatan kepada mereka tidak dipertandingkan di Laos.
Pada temasya di Korat dua tahun lalu, Malaysia membawa pulang 68 emas daripada 475 pingat emas yang ditawarkan menerusi 43 jenis sukan.
Ketika itu, 25 daripada 68 emas yang diperoleh itu hadir daripada acara acara gimnastik (2), gimrama (2), tenpin boling (4), skuasy (1), ekuestrian (4), hoki lelaki (1), hoki wanita (1), boling padang (4), polo (1), pelayaran (2) dan triatlon (1).
Malangnya semua acara ini tidak dipertandingkan di Laos.
Beberapa acara yang menjadi lubuk emas ini digugurkan dan diganti dengan acara sukan tradision
al yang menjadi kekuatan tuan rumah seperti renang sirip, timang bulu ayam dan Muay Thai.
Atlet negara mengambil bahagian dalam acara renang dan terjun, taekwondo, memanah, olahraga, badminton, snuker & billiard, tinju, lumba basikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping pong, tenis, bola tampar dan angkat berat.
Bagi Majlis Sukan Negara (MSN), mereka meletakkan sasaran realistik dengan hanya meletak 30 hingga 35 pingat emas menerusi 21 acara yang disertai.
MSN memiliki pandangan berbeza dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang sebelum ini yakin atlet negara mampu meraih 40 emas.
Apa pun, bagi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Malaysia tidak menyasarkan pungutan emas yang tinggi pada temasya di Laos kerana banyak acara yang menjadi kelebihan kepada negara tidak dipertandingkan.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ketika menjelaskan sasaran MSN, menegaskan dia yakin sasaran berdasarkan fakta dan bukan dibuat secara membuta tuli.
Malah, penilaian MSN bukan semata-mata berdasarkan prestasi semasa atlet, malah turut mengambil kira peningkatan serantau yang ditunjukkan oleh atlet negara lain.
"Orang memang senang hendak meletakkan sasaran tetapi kita kena melihat fakta dan ambil kira pelbagai faktor, bukan saja prestasi atlet kita tetapi juga peningkatan yang ditunjukkan oleh atlet serantau," katanya.
Apa pun perbezaan sasaran antara MSN dan MOM harus dinilai secara positif dengan satu tujuan yang sama iaitu untuk mengharumkan nama negara
.
Bunyi yang kurang mermaya dari kontinjen negara, seakan lesu dan lemah..apa dah jadi.. ??

1 comment:

Anonymous said...

ASALAMUALAIKUM...TERIMA KASIH ATAS PEMBERITAHUANNYA...AND BOLEH NGGAK TUKERAN LINK KALO BOLEH KASIH INFO YA... SALAM SOBAT MUSLIM :-D