Tempat atlet Kenya 'cari makan'
ACARA maraton tempatan menjadi tempat 'cari makan' pelari dari Kenya.
Tahun ini, setiap acara maraton mahupun larian yang dianjurkan badan tempatan, telah didominasi oleh atlet-atlet dari negara berkenaan.
Terbaru, mereka menyapu bersih Larian Hari Olimpik McDonald's edisi keenam yang berlangsung di ibu negara semalam.
Dalam saingan sejauh tujuh kilometer yang berlangsung di Dataran Merdeka, kedudukan lima tempat teratas bagi kategori terbuka lelaki dan terbuka wanita dikuasai oleh peserta dari negara Afrika itu.
Tempat pertama bagi kategori lelaki disandang oleh Kannedy Kiprod dengan catatan masa 22 minit 25 saat, tempat kedua Sila Senatei (22:30s) dan tempat ketiga (22:40s).
Bagi kategori wanita, tempat pertama menjadi milik Dorean Kitaka (27:24s), diikuti Paris Chepkech Pagaro (27:43s) dan Cekilia Warutumo (27:52s).
Semua pemenang menerima wang tunai, pingat, sijil penyertaan, hadiah eksklusif dan hamper daripada McDonald's.
Pada Jun lepas, pelari dari Kenya, Julius Kilimo Kipkorir membawa pulang hadiah wang tunai AS$20,000 (RM70,694) setelah menjuarai kejohanan sulung Standard Chartered KL Marathon 2009.
Minggu lepas, mereka mendominasi Larian Antarabangsa Ipoh.
Memang hakikat nye sebegitu... dalam dua siri penganjuran Larian Gunung "Coleman Mountain to Mountain Challenge 2009" pun terdapat atlet dari Kenya. Walaupun penganjuran larian ini nun ditengah hutan belantara.."gunung Besar Hantu" Kuala Kelawang. Mereka tetap muncul dalam pertandingan itu. Bagai mana mereka tahu penganjuran sebegini?? itu lah yang saya katakan terdapat "keluara Angkat". Kite bakal tumpas di bumi sendiri dan hanya mampu menjadi penganjur terbaik sahaja. Mungkin kehadiran mereka kesini untuk mencari makan dek terhimpit dengan kemiskinan. Dimana ranking Atlet kite???
1 comment:
tak dinafikan atlet kenya memng meguasai acara2 macam nie...huk3
Post a Comment