Monday, August 17, 2009

NAZMIZAN KATA APA TENTANG SAINS SUKAN


Faktor aplikasi sains sukan sudah terbukti pada sukan basikal di negara ini yang semakin meningkat ekoran peningkatan hasil kajian sains sukan dan hubungan baik atlet dan jurulatih.

Bekas atlet pecut kebangsaan, Nazmizan Mohamad ketika dihubungi pula berkata, keupayaan seseorang atlet bukan hanya dinilai pada aspek fizikal semata-mata tetapi ia perlu seiring dengan pembangunan sains sukan di sesebuah negara.

Menurutnya, berbanding atlet luar, atlet tempatan tidak menerima pendedahan yang luas dan ini dianggapnya antara punca mereka gagal bersaing hebat dalam acara balapan peringkat dunia.

"Perkara itu wajar dititik beratkan memandangkan atlet olahraga negara kini semakin merosot berbanding negara jiran seperti Thailand dan Vietnam.

"Kita perlukan lebih banyak pendedahan di luar negara untuk bersaing dan meningkatkan prestasi,'' ujarnya yang pernah mempunyai catatan masa terbaik 10.38 saat dalam acara 100 meter.

Menurut Nazmizan, berdasarkan pengalamannya, khidmat jurulatih luar juga penting bagi menggilap bakat atlet negara berbanding jurulatih tempatan.

1 comment:

ALoNa CintamaniszLite said...

Kenapa ada masyarakat yg sgt pandang rendah terhadap kursus sains sukan yg disediakan yg universiti2??
Adakah kerana ianya bukan seperti kursus kedoktoran, undang2, kejuruteraan yg memerlukan syarat2 keputusan peperiksaan yg sgt cemerlang utk melayakkan diri ke kursus itu?

Hmm..kagum ngan usain bolt. Lariannya sgt bergaya...
Mgknkah dirinya sendiri yg bakal memecahkan semula rekod dunia yg baru diciptanya itu?